Thursday, November 28, 2013

PERMOHONAN RUANG PAMIRAN DIBUKA SEKARANG

Salam hormat,

Mulai saat ini saya menjemput mana-mana syarikat atau usahawan individu untuk menyertai pamiran secara online ini. Anda hanya perlu menghantar beberapa gambar pamiran/produk untuk dimuatkan disini, melalui e-mail. Amat digalakkan anda menghantar juga maklumat mengenai perniagaan dan produk-produk yang hendak dipasarkan. Jika anda telah memiliki laman sesawang sendiri, hanya hantar alamat laman sesawang tersebut.

Oleh kerana saya akan membuat jaringan pemasaran (mengikut kemampuan saya) dan menguruskan laman ini dari masa ke semasa, saya akan mengenakan sedikit bayaran bagi setiap penyertaan BAGI TEMPOH SETAHUN. Amaun kos pengurusan ini hanyalah RM50 sahaja untuk setahun (atau RM4.16 sebulan).

Jika anda dapati dalam tempoh 10 hari selepas penyertaan anda tidak berpuas hati dan ingin keluar daripada ruang pamiran di sini, sila maklumkan kepada saya (e-mail/sms) dan saya akan kembalikan wang penyertaan anda. Hanya kemukakan nama Bank dan nombor akaun bagi tujuan ini.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, November 15, 2013

OBJEKTIF BLOG

Salam hormat,

HPPNK telah selesai di adakan di Padang MPK 2, Kuantan pada 8hb-15hb November lepas. Semasa saya melawat pamiran di gerai Agrobazar saya lihat begitu banyak produk industri asas tani di pamirkan dan untuk dijual. Mereka berusaha menarik seramai mungkin pelanggan ke gerai masing-masing. Banyak juga yang memberikan kad bisnes dan kertas maklumat syarikat masing-masing dengan harapan ada jualan selepas pamiran.

Saya terfikir kenapa tidak Agrobazar yang sama senantiasa membuat pamiran sepanjang tahun dan seterusnya? Jadi saya terfikir bahawa dengan halaman web sahajalah pamiran sebegini dapat diteruskan dan memudahkan pengngunjung terus datang bila-bila mereka berkesempatan, maksud saya secara online. Maka lahirlah blog ini.

Saya berharap blog ini dapat menambah baik perkhidmatan mereka yang terlibat, lebih lagi membantu memasarkan produk terutamanya produk muslim.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun